Persaraan
Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran
SMK Paka
Tn Hj Kamarudin Bin Saman
24 Mac 2011 ( Khamis )
Sajak Bak Air Yang Mengalir
Bak air yang mengalir,
Tika jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum, tawa, rakan sekerja.
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirehat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyum seindah suria,
Setelah mencurahkan segal-galanya,
Pasti beroleh keredhaan-Nya.
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Persiapan sebelum berlangsung majlis :
| crew yg tgh cbuk mghias gubahan |
ni lah antara hasilnya .....
| hadiah dpd bidang teknik dan vokasional |
| hadiah dpd bidang sains & matematik |
| hadiah dpd putera-puteri villa seri cempaka ( pelajar asrama ) |
| hadiah dpd bidang kemanusiaan |
| hadiah dpd MGK |
| hadiah dpd JKS |
| hadiah dpd staf sokongan |
| hadiah dpd unit bimbingan dan kaunseling |
| hadiah dpd pengurusan sekolah |
| hadiah dpd kantin asrama ( bekas beras bulat ) , kantin sekolah ( frame ) dan kontaktor cleaner ( pasu ) |
| hadiah dpd pelajar sekolah ( set kerusi ) dan pahsya jati ( penyangkut ) |
| hadiah dpd peljar pra U |
| hadiah dpd bidang bahasa |
| hadiah dpd PIBG |
| hadiah dpd PSS sekolah |
semasa majlis......
| pengarah program |
| Azli si penarik beca ... ari ni jer |
| raja sehari yang dirai |
| tekun mendengar utk kelancaran program |
| pinjam utk sbg pengangkutan ke Rhumbia utk sesi jamuan |
| ketibaan yang dirai menaiki beca dr pagar depan sekolah ke dewan seri gemilang |
sesi jamuan di Rhumbia jam 2 ptg ...
terima kasih dan mohon maaf daripada warga cempaka lounge..... smg berjumpa lg d mana sahaja
teruskan bakti utk masyarakat sekekliling pulak ...
( sory kamera x molek sgt x leh ambik gambar dlm dewan ) kita tunggu blog MGK & smk paka mesti lbh byk gambar yg best2 ... :)

